Monday, January 5, 2009

kelate & ganu kite.....

Tanggal 25 Dec baru-baru ini sempena penutupan tahun hijrah & masihi aku mengambil kesempatan menambahkan koleksi cuti-cuti Malaysia nih ke kelate & ganu kiter....hehehe...
Aku dan suami teringin nak ke rumah Tuan Guru Nik Aziz tapi tak berkesempatan.Ingat dapat tengok dari jauh pun jadilah....he...

Dari Lumut kami ke kuala kangsar kemudian lalu jalan Gerik yang penuh onak dan liku heheheh...bahaya juga jalan nih...sepanjang jalan kami berdoa moga dipermudahkan perjalanan kami dan mulut pun berzikir ..orang kata berzikir semasa memandu boleh mengelakkan dari kemalangan...Suami aku pun drive dengan berhati2...& tidak digalakkan memotong kereta di hadapan jika melalui jalan ini kerana jalan ni berliku2...

Kami sampai dirantau panjang dalam jam 6petang.Kami stay umah abang aku. Rantau panjang nih aku tengok dah macam pekan orang siam..he...lagipun dah sempadan pun.Ini sebebarnya kali ke 3 aku ke rantau panjang...

Setelah seharian bershopping mengabihkan duit yang xbape banyak nih kitaorang balik tido lah pe lagik he...kelantan cuacanya sejuk bangat...sukanya aku cuaca cam gini...leh jadi cendawan camnih heheh...

Soknyer...cam bese ler kru-kru aku husband and my lovely baby Fath pergi ke Terengganu lak..kat terengganu kami jalan-jalan cari makan...pi bandar warisan......& banyak lagik..

Read more...

Airmata Palestin......

Talian schoolnet kat tempat kerja aku ini selalu ada masalah..Segala yang aku taip tadi semua dah hilang..Tapi xperlah...demi mu Palestin aku akan menulis semula.....

Pagi tadi aku baca utusan Malaysia..Tatkala melihat muka pertama hati aku sebak sangat..Tentu kalian pun ada melihat gambar seorang ayah yang meratapi kematian syahid tiga orang anaknya yang masih bayi dan kanak2.Airmata aku menitik juga kerana hati ini terasa pilu sesangat bila melihatkan bayi tersebut lebih kurang sebaya dengan bayi aku. Terdetik juga di hati, jika inilah yang terjadi padaku...siapa yang akan menenangkan perasaanku..siapa yang akan membantu menebus dendamku pada musuh yang telah melakukan sebegini pada keluargaku.Siapa???
Begitulah juga yang terjadi pada lelaki tersebut...dia mengharapkan penduduk dunia bangun tegakkan jihad..sama2 membantu dia berjuang membunuh kafir laknatullah..

Aku terbaca mesej dari Plestin..." Penduduk dunia bangunlah membantu kami..kasihanilah kami...usirlah yahudi dari tanah kami..Bantulah tebus maruah kami....

Aku menyeru kepada rakyat Malaysia yang jiwanya penuh dengan kasih sayang...bangkitlah,bangunlah...marilah kita membantu Palestin..Marilah kita selamatkan saudara kita yang tidak berdosa ini... jihad...jihad....!!!

Read more...

Airmata Palestin......

Diri ini terpanggil untuk menulis tentang Palestin...Hari ini aku baca utusan...muka depan saja dah buat dada aku sebak..Airmata tak tertahan nak mengalir..Semasa coretan ini ditulis airmata aku masih lagi mengalir.



Ya Allaah Ya Tuhanku...kasihanilah bumi Palestin...kasihanilah kanak2 yang tidak berdosa...apa daya ku ya ALLAH..apa yang dapat aku bantu penduduk Palestin dari peperangan ini.



Surat khabar hari ini menunjukkan penderitaan seorang ayah yang kehilangan 3 orang anak sekaligus akibat bedilan bom israel durjana.hati aku memberontakkan & sangat sakit tatkala menulis nama negara yahudi terkutuk ini.Apa perasaan mereka jika anak2 dan isteri serta ibu mereka di bunuh dengan kejam seperti yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin. Aku lihat kanak2 tersebut lebih kurang sebaya dengan anakku...terfikir aku jika sedemikian yang terjadi padaku...aku tak berdaya lagi hidup kerana kehilangan orang yang paling aku sayang di dunia ini..



Aku ada terbaca mesej dari rakyat Palestin berbunyi begini "Rakyat dunia bangkitlah, bantulah kami, kasihanilah kami.Berbuatlah sesuatu yang dapat menyelamatkanlah kami dari Israel"



Wahai penduduk Malaysia yang penuh dengan kaih sayang..aku menyeru marilah kita sama2 bangkit membantu Palestin....tegakkan jihad...selamatkan Palestin......



Kepada rakyat Palestin, Allah s.w.t sedang menduga anda...Allah sedang memberikan syahid kepada anda kerana Dia sangat menyayangi anda....walaupun anda terseksa di dunia tapi di akhirat anda adalah orang yg paling beruntung....Aku doakan kesejahteraan & kepada roh2 para syuhada....

Read more...

Tuesday, December 30, 2008

kelate & ganu.....

Read more...

Sunday, December 14, 2008

Tour de Sepang he....

Hari Sabtu baru2 nih aku pi Sepang umah sedara sebelah husband aku kahwin...perjalanan biasa ajer...aku pi sana dengan suami,anak,pak & mak mertua aku.hari ahad kami balik dah memandangkan malamnya suami aku kerja malam.Kesian dia mesti penat.dah ler seharian memandu.Aku boleh gak drive tapi husband aku bagi coz dia mau tak pegang anak kami coz budak fath nih tersangatlah tak bleh dok diam he...

Panasnya cuaca tuhan jer tau.Walaupun aircond kitaorang baru service semasa perjalanan ke Johor baru-baru nih.Mungkin ini peringatkan dari Allah kepada manusia2 yang suka merosakkan alam sekitar.Tu lar manusia-manusia zaman sekarang ni suka sangat menebang hutan...ish..ish

Read more...

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Lahir Sayang....

Hari ini genap umurmu 26 tahun...aku mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir padamu duhai Suami....Terima kasih kerana menemani ku di kala susah dan senang... aku memohon doa dari Allah swt semoga dipanjangkan umurmu, dimurahkan rezki dan berkekalanlah jodoh kita hingga ke syurga...aku tidak bersetuju jika orang mendoakan kita berkekalan hinggan ke anak cucu..adakah hingga bercucu kita kan membawa haluan masing-masing....hehehe...lucu kan...

Abang semalam kita telah sambut hari lahirmu..aku mengharapkan masih ada lagi tahun-tahun yang berikutnya....aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita...Aku mengharapkan kau akan sesetia dan sebaik ini hingga ke akhir hayatku hatta setelah ketiadaanku juga.....

Jagalah diri ini, sayangilah diri ini....semoga hari lahirmu ini membawa seribu rahmat untuk kita, anak kesayangan kita Harith Fathullah dan juga seisi keluarga.....erm...kita jumpa malam ni ek....hehehe nak pau kredit free maxis bagi sempena besday abang hehehehe.... ;P

Read more...

Aidiladha..pengorbanan yang sebenarnya...

Aidiladha tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya....aidiladha tahun ini merupakan pengorbanan yang sebenar-benarnya....
Saat rahsianya terbongkar...pengorbanan yang sebenarnya harus di buat..siapakah pilihannya...? rahsia 10 tahun yang disimpanannya telah terbongkar....salah siapa..??? siapa yang harus dipersalahkan....salahkan diri sendiri...salahkan dirimu Ayah....selama ini keluarga kita bahagia...mengapa harus masalah di cari...

aku sebagai anak adakah dianggap derhaka jika mencampuri urusanmu...ayah, maafkan aku....aku harus menyokong ibu... ibu tak bersalah...tiada sesiapa yang memaksa ayah melepaskan & menjatuhkan talak pada isteri mudamu..tidak.!! ibu pun tidak pernah memaksa...hanya pilihan yang diberikan...dengan tangisan ibu memberikan kau pilihan "dia atau aku..". Masih ada lagi sisa kasih sayangmu ayah...setelah 35 tahun mendirikan mahligai cinta kalian..kau memilih ibu...dengan bersaksikan along, abang long, aku dan suamiku kau telah melafazkan talak yang paling dilaknati Allah swt kepada dia yang telah merampas kau dari ibuku....sesungguhnya Ayah..ibu adalah wanita paling setia yang telah aku lihat di akhir zaman ini...mengapa pengorbanannya kau persiakan...tidakkah kau teringat memori cinta kalian hingga melahirkan benih seramai 7 orang yang telah kau dan ibu didik hingga menjadi seorang yang berjasa pada kalian, pada negara....dan juga pada bangsa...itu yang kau mahukan duhai Ayah...

Jangan kau persalahkan anak-anak ayah di atas rahsiamu yang telah terbongkar yg setelah sekian lama kau pendamkan...berubahlah Ayah demi ibu..demi kami...Aku berharap kau membaca coretanku ini Ayah...aku hanya berharap di akhir-akhir sisa usiamu...berserahlah dirimu kepada Allah...Hanya kepadanya kita akan kembali...aku mengharapkan yang terbaik untukmu Ayah...aku inginkan DISANA kau didudukan di atas singgahsana yang hanya layak untuk kekasihNya....
Aku mengharapkan yang terbaik untukmu dan ibu...

Aku tidak mengharapkan kau menjadi imam tidak juga sebagai ustaz, Cukuplah sekadar mencari bekalan untuk dirimu disana....Kau tidak tahu wahai Ayah aku sentiasa mendoakan dirimu agar berubah...setiap detik aku risau apa akan jadi pada dirimu di sana jika bekalan tiada...

Setelah semuanya terjadi aku mengharapkan penyesalan yang sebenar-benarnya..aku mengharapkan pengorbananmu menjadi rahmat kepada kita sekeluarga.... Ibu memberitahuku...kau telah banyak berubah...aku mengharapkan ini perubahan yang abadi..jangan kau toleh kebelakang lagi Ayah..marilah kita mulakan hidup baru....

Buat adik-beradikku....maafkan aku di atas keceluparanku...semua ini aku lakukan demi memastikan hak ibuku...aku sayang ibuku...aku tahu begitu juga kalian....kepada along terima kasih kerana memahami aku..kepada ayang...maafkan aku memarahi kau tempohari...segalanya tidak terkawal kala kemarahan menguasai diri...kepada angah mintalah ampun dari ibumu jika ada kesalahan telah kau lakukan...diharap jadikan teladan apa yang telah kita lalui...kepada along, angah, ayang & adik2 jika perkara sebegitu terjadi pada diri kalian aku juga akan bertindak seperti singa yang melindungi anak-anaknya....fahamilah aku...

Diharap segala yang terjadi dapat mematangkan kita....semoga kita dapat memulakan lembaran baru sempena tahun baru yang bakal menjelang...maaf dariku....

Read more...

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP