Pemergian Baby Nurin................
Jumaat 1 Mei..
Aku ada 1 peristiwa yg sangat sedih nak kongsi dengan pembaca semua...baru-baru ini aku baru sahaja kehilangan anak kepada sepupu aku iaitu Arwah nurin (nama penuh aku xingat). Bayi ini baru saja berumur setahun 4 bulan. Bayi ni tinggalkan kita semua pada hari jumaat malam sabtu dalam jam 8.00 malam. Pada malam tu aku baru jek jumpa bby nurin ngan ibu, opah & makcik dia yg bernama cahaya kat Tesco Kampar. Sebenarnya itulah kali pertama aku jumpa ngan bby Nurin. Aku tak sangka malam tu adalah kali pertama dan terakhir aku melihat Nurin. Masa kami jumpa tu dalam jam 7.15 petang bermakna 45 minit sebelum kematian Nurin.
Semasa aku berjumpa ngan bby nurin & keluarganya dia dah nampak xceria tapi aku tak perasan pada anggapan aku mungkin nurin mengantuk.Tapi nurin ada mintak biskut Tiger yg aku pegang..memandangkan belum bayar lagi dan aku ni jenis tak nak ajar budak2 ambil apa yg belum jadi hak kita maksud aku biskut tu aku tak bayar lagi jadi kalu boleh aku tak mau budak-budak makan benda yg belum jadi hak kita kerana status halalnya. yela mana tau dah makan biskut tu terlupa plak nak bayar kan dah jadik haram.... tapi disebabkan peristiwa tu aku jadik terkilan sangat sebab tak dapat memenuhi permintaan terakhir arwah...
malam tu kereta yg dipandu ibu arwah terbabas kerana elak dari langgar kucing.akibatnya kereta mereka berpusing dan arwah nurin dan maksunya tercampak keluar...nurin meninggal tak silap aku kerana kepalanya terhentak dan patah kedua pehanya. maksunya pulak sekarang kat ICU patah tulang rusuk, hati pecah & usus koyak...
Semasa hari pengebumian jenazah arwah nurin rumah sepupu aku diselubungi kesedihan...aku tak dapat nak elak dari mengalir air mata...kerana aku rasa terkilan dan tak percaya baby yang aku baru jumpa sebelum tu sekelip mata sahaja meninggalkan kita semua....Itu suma kuasa Tuhan tak siapa dapat melawannya.. Ibunya juga redha walaupun nurin itulah satu-satunya anaknya....
Aku memohon kepada pembaca sekalian agar sedekahkan al-fatihah kepada arwah nurin dan kita doakan semoga maksu nurin yanh bernama cahaya cepat sembuh...amin....
0 comments:
Post a Comment