Aku berasal dari Utara tanah air.Merupakan anak ke 4 dari 7 beradik yang mana 5 darinya mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan...manakala 2 lagi masih lagi belajar di Institusi pengajian tinggi. Aku seorang wanita yang berkahwin. Alhamdulillah aku telah dikurniakan seorang suami yang penyayang yang memahami diri ini. Kami berkenalan semasa di Institusi Pengajian tinggi. Dimana waktu itu kami sama-sama satu kelas.. Aku juga mempunyai seorang putera yang diberi nama Harith Fathullah yang bermaksud 'Berusaha Kejayaan Allah'. Indah kan? aku mengharapkan anak ini pabila dewasanya akan berusaha menegakkan agama Allah dan menjadi seorang muslim yang sejati.Aku mempunyai cita-cita yang tinggi untuk melihat putera ku ini menjadi seorang Tahfiz di samping membantu menyebarkan agama Islam yang satu ini...amin...
Aku seorang wanita berkerjaya...aku bertugas sebagai Juruteknik Komputer.Aku memang menyukai pekerjaan yang lasak..dan diri ini sememangnya meminati komputer... :)
0 comments:
Post a Comment