Monday, January 5, 2009

Airmata Palestin......

Diri ini terpanggil untuk menulis tentang Palestin...Hari ini aku baca utusan...muka depan saja dah buat dada aku sebak..Airmata tak tertahan nak mengalir..Semasa coretan ini ditulis airmata aku masih lagi mengalir.



Ya Allaah Ya Tuhanku...kasihanilah bumi Palestin...kasihanilah kanak2 yang tidak berdosa...apa daya ku ya ALLAH..apa yang dapat aku bantu penduduk Palestin dari peperangan ini.



Surat khabar hari ini menunjukkan penderitaan seorang ayah yang kehilangan 3 orang anak sekaligus akibat bedilan bom israel durjana.hati aku memberontakkan & sangat sakit tatkala menulis nama negara yahudi terkutuk ini.Apa perasaan mereka jika anak2 dan isteri serta ibu mereka di bunuh dengan kejam seperti yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin. Aku lihat kanak2 tersebut lebih kurang sebaya dengan anakku...terfikir aku jika sedemikian yang terjadi padaku...aku tak berdaya lagi hidup kerana kehilangan orang yang paling aku sayang di dunia ini..



Aku ada terbaca mesej dari rakyat Palestin berbunyi begini "Rakyat dunia bangkitlah, bantulah kami, kasihanilah kami.Berbuatlah sesuatu yang dapat menyelamatkanlah kami dari Israel"



Wahai penduduk Malaysia yang penuh dengan kaih sayang..aku menyeru marilah kita sama2 bangkit membantu Palestin....tegakkan jihad...selamatkan Palestin......



Kepada rakyat Palestin, Allah s.w.t sedang menduga anda...Allah sedang memberikan syahid kepada anda kerana Dia sangat menyayangi anda....walaupun anda terseksa di dunia tapi di akhirat anda adalah orang yg paling beruntung....Aku doakan kesejahteraan & kepada roh2 para syuhada....

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP