Monday, January 5, 2009

kelate & ganu kite.....

Tanggal 25 Dec baru-baru ini sempena penutupan tahun hijrah & masihi aku mengambil kesempatan menambahkan koleksi cuti-cuti Malaysia nih ke kelate & ganu kiter....hehehe...
Aku dan suami teringin nak ke rumah Tuan Guru Nik Aziz tapi tak berkesempatan.Ingat dapat tengok dari jauh pun jadilah....he...

Dari Lumut kami ke kuala kangsar kemudian lalu jalan Gerik yang penuh onak dan liku heheheh...bahaya juga jalan nih...sepanjang jalan kami berdoa moga dipermudahkan perjalanan kami dan mulut pun berzikir ..orang kata berzikir semasa memandu boleh mengelakkan dari kemalangan...Suami aku pun drive dengan berhati2...& tidak digalakkan memotong kereta di hadapan jika melalui jalan ini kerana jalan ni berliku2...

Kami sampai dirantau panjang dalam jam 6petang.Kami stay umah abang aku. Rantau panjang nih aku tengok dah macam pekan orang siam..he...lagipun dah sempadan pun.Ini sebebarnya kali ke 3 aku ke rantau panjang...

Setelah seharian bershopping mengabihkan duit yang xbape banyak nih kitaorang balik tido lah pe lagik he...kelantan cuacanya sejuk bangat...sukanya aku cuaca cam gini...leh jadi cendawan camnih heheh...

Soknyer...cam bese ler kru-kru aku husband and my lovely baby Fath pergi ke Terengganu lak..kat terengganu kami jalan-jalan cari makan...pi bandar warisan......& banyak lagik..

Read more...

Airmata Palestin......

Talian schoolnet kat tempat kerja aku ini selalu ada masalah..Segala yang aku taip tadi semua dah hilang..Tapi xperlah...demi mu Palestin aku akan menulis semula.....

Pagi tadi aku baca utusan Malaysia..Tatkala melihat muka pertama hati aku sebak sangat..Tentu kalian pun ada melihat gambar seorang ayah yang meratapi kematian syahid tiga orang anaknya yang masih bayi dan kanak2.Airmata aku menitik juga kerana hati ini terasa pilu sesangat bila melihatkan bayi tersebut lebih kurang sebaya dengan bayi aku. Terdetik juga di hati, jika inilah yang terjadi padaku...siapa yang akan menenangkan perasaanku..siapa yang akan membantu menebus dendamku pada musuh yang telah melakukan sebegini pada keluargaku.Siapa???
Begitulah juga yang terjadi pada lelaki tersebut...dia mengharapkan penduduk dunia bangun tegakkan jihad..sama2 membantu dia berjuang membunuh kafir laknatullah..

Aku terbaca mesej dari Plestin..." Penduduk dunia bangunlah membantu kami..kasihanilah kami...usirlah yahudi dari tanah kami..Bantulah tebus maruah kami....

Aku menyeru kepada rakyat Malaysia yang jiwanya penuh dengan kasih sayang...bangkitlah,bangunlah...marilah kita membantu Palestin..Marilah kita selamatkan saudara kita yang tidak berdosa ini... jihad...jihad....!!!

Read more...

Airmata Palestin......

Diri ini terpanggil untuk menulis tentang Palestin...Hari ini aku baca utusan...muka depan saja dah buat dada aku sebak..Airmata tak tertahan nak mengalir..Semasa coretan ini ditulis airmata aku masih lagi mengalir.



Ya Allaah Ya Tuhanku...kasihanilah bumi Palestin...kasihanilah kanak2 yang tidak berdosa...apa daya ku ya ALLAH..apa yang dapat aku bantu penduduk Palestin dari peperangan ini.



Surat khabar hari ini menunjukkan penderitaan seorang ayah yang kehilangan 3 orang anak sekaligus akibat bedilan bom israel durjana.hati aku memberontakkan & sangat sakit tatkala menulis nama negara yahudi terkutuk ini.Apa perasaan mereka jika anak2 dan isteri serta ibu mereka di bunuh dengan kejam seperti yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin. Aku lihat kanak2 tersebut lebih kurang sebaya dengan anakku...terfikir aku jika sedemikian yang terjadi padaku...aku tak berdaya lagi hidup kerana kehilangan orang yang paling aku sayang di dunia ini..



Aku ada terbaca mesej dari rakyat Palestin berbunyi begini "Rakyat dunia bangkitlah, bantulah kami, kasihanilah kami.Berbuatlah sesuatu yang dapat menyelamatkanlah kami dari Israel"



Wahai penduduk Malaysia yang penuh dengan kaih sayang..aku menyeru marilah kita sama2 bangkit membantu Palestin....tegakkan jihad...selamatkan Palestin......



Kepada rakyat Palestin, Allah s.w.t sedang menduga anda...Allah sedang memberikan syahid kepada anda kerana Dia sangat menyayangi anda....walaupun anda terseksa di dunia tapi di akhirat anda adalah orang yg paling beruntung....Aku doakan kesejahteraan & kepada roh2 para syuhada....

Read more...

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP